Monday, 9 July 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN

Keistimewaan bulan  Rejab, Syaaban & Ramadhan

                                                                         

Assalamualaikum..
Sedar ataupun tidak, kita telah pun berada di penghujung Bulan Syaaban. Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Walaupun bulan Rejab sudah berlalu, ku ingin juga ingatkan kita mengenai kelebihan bulan Rejab, kemudian bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.

Kelebihan Bulan Rejab
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
·         Diampunkan dosanya yang lalu
·         Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
·         Terlepas dari dahaga di hari kiamat



v  Barangsiapa berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
v  Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
v  Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Bertaubat & beristighfar
- Memperbanyakkan zikir & doa
v  “ Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu Hibban)
v  Sabda Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )


Kelebihan Bulan Ramadhan
*      Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan – hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
*      Daripada Abu Hurairah drpd Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dna keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayatkan oleh Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
*    *      Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
*      Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
*      Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
*      Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o   a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o   b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o   c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o   d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o   e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Semoga Tazkirah ringkas ini dapat membantu dan menjadi pendorong kepada kita supaya sentiasa melazimkan diri dalam melaksanakan amalan kebajikan  untuk meningkatkan iman dan meraih cintaNya. Moga Allah meredhai setiap amalan kita di dunia ini. Insyaallah.

REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.

Sumber : Blog Srikandi Permata

Saturday, 19 May 2012

UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA'



“UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA,”
TAHUN 2012

TARIKH : 18 MEI  2012  ( 26 JAMADIL AKHIR 1433 H )

TEMPAT : DATARAN CENDEKIAWAN SMKTTJ

MASA    :  6.30 - 10. 30 MALAM

PENCERAMAH : Dr. ZAINUR RASHID BIN ZAINUDDIN 
                               ( AMAN PALESTIN ) 

ANJURAN BERSAMA :
 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ
BADAR SMKTTJ
PIBG SMKTTJ
SURAU ASSOBIRIN
KOMUNITI TAMAN TUANKU JAAFAR

 *************************************************************************

Bumi Palestin merupakan salah satu negeri bersejarah dalam Islam kerana menjadi pelantar kembara junjungan besar Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit.Sambutan Isra’ Mikraj ini merupakan aktiviti yang menggamit kehadiran bulan Rejab iaitu bulan Allah.Pada bulan yang mulia ini Allah telah menjemput  Rasulullah bertemuNya dan menerima kefarduan  ibadah solat.Menyedari hakikat inilah ,maka program ini diadakan bagi menyingkap rahsia kebesaran malam bersejarah ini,serta memberi  peluang  kepada semua warga SMKTTJ  untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.Di samping itu tak lupa juga mengingati perjuangan jihad umat Islam Palestin  yang sentiasa diuji Allah dengan melancarkan tabung bantuanPalestin.

Objektif  Program :

2.1-           Untuk menggalakkan pelajar menghayati perjalanan Rasulullah yang barlaku dalam satu         malam penuh sejarah.
2.2-           Supaya pelajar dapat menghayati keberkatan kebesaran dan kelebihan bulan Rejab
2.3-      Supaya pelajar dapat menghidupkan bulan Rejab dengan membanyakkan  amal ibadah dan mendekatkan kepada diri kepada Alah.
2.4-    Menyemai rasa tanggungjawab membantu perjuangan jihad umat Islam Palestin melalui  kutipan tabung untuk Palestin.

PENYERTAAN / SASARAN :
 - Semua  guru dan  kakitangan  dan palajar SMKTTJ beragama Islam 
 - Komuniti  penduduk  Taman Tuanku Jaafar
 - Ahli  Kariah  Surau Assobirin Taman Tuanku Jaafar

AKTIVITI :
 - Edaran Risalah                      
 - Solat sunat hajat untuk kemenangan umat Islam Ghaza   (Pelestin
- Ceramah agama oleh penceramah undangan :
   ( Dr Zainul Rashid bin Zainurdin)-Pameran dan jualan

 **********************************************
TENTATIF  PROGRAM

6.30  petang                 -Guru dan pelajar dan ibubapa  berkumpul di dataran sekolah
                                    -Bacaan al-Quran melalui radio sekolah

7.20  malam                 -Solat maghrib   dan  sola hajat untuk umat kemenangan Islam                                        Palestin

7.40 malam                  -Ucapan Pengetua SMKTTJ

7.50 malam                  -Persembahan  nasyid

8.00malam                   -Ceramah Palestin oleh Dr Zainul Rashid bin Zainurdin
                                    (Aman Palestin)

9.20  malam                 -Solat fardhu Isyak

9.40 malam                  -Penyampaian  cerderamata dan sumbangan tabung untuk Palestin
                                    -Jamuan ringan
  
*********************************************************************************
LAPORAN BERGAMBAR :

Gambar akan dimasukkan kemudian. Gambar akan diambil daripada Blog Lensa SMKTTJ ........




           





Sunday, 6 May 2012

CERAMAH PERBANKAN ISLAM - BANK MUAMALAH


1.0      PENDAHULUAN
Ceramah Perbankan Islam  merupakan satu Program Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan  SMKTTJ . Ceramah  ini
amat  penting kepada pelajar  tingkatan 5  untuk memahami  tajuk-tajuk berkaitan dengan  Muamalah  Islam , seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.
2.0      RASIONAL
Menambah pengetahuan pelajar  tentang  Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta Ekonomi Asas.
3.0      OBJEKTIF
3.1           Memberi pendedahan kepada pelajar tentang  Sistem Perbankan Islam.
3.2           Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3           Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah Islam.
4.0      MATLAMAT
Memberi motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan  Islam.
5.0      TARIKH  DAN  MASA
4   Mei   2012  8. 00 pagi – 10.15 pagi.
6.0      TEMPAT
Dewan Sri Budiman  SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
7.0      SASARAN
Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi  Asas.
9. 0      PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

 
ATURCARA PROGRAM:

8. 15 PAGI  –  PELAJAR BERKUMPUL DI BILIK UTILITI

   -  PENDAFTARAN PELAJAR


8. 30  PAGI -   TAKLIMAT PROGRAM
                       OLEH PN ROHAYU BINTI MJUSTAFA
                       ( KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM )


8. 45 PAGI  - CERAMAH PERBANKAN ISLAM
                     ( BANK MUAMALAH MALAYSIA )


9. 45  PAGI -  SESI  SOAL JAWAB


10.00 P AGI  -  PENYAMPAIAN CENDERAMATA


10.15 PAGI    -  BERSURAI
LAPORAN BERGAMBAR  :
 

 

 
    
 
 


SEKALUNG PENGHARGAAN

 
Pihak sekolah ingin
 merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih
kepada pegawai-pegawai Bank Muamalah 
dan semua pihak
yang  terlibat
secara langsung atau
tidak  langsung
dalam menjayakan
program ini......

KURSUS SEMBELIHAN



KURSUS SEMBELIHAN ( TEORI DAN PRAKTIKAL )

TARIKH :
19 APRIL 2012 ( KHAMIS )

MASA :
7. 30 – 1. 45

TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN ( TEORI )
PADANG SMKTTJ ( PRAKTIKAL )
******************************************************************************************

1.0       PENDAHULUAN

Kursus Sembelihan adalah salah satu Program Tahunan yang dirancang oleh Panitia Pend. Islam, SMKTTJ untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara berkaitan dengan sembelihan yang merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 bahagian Ibadah.

2.0               OBJEKTIF

2.1               Membari pendedahan kepada pelajar supaya dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan.
2.2               Mempraktikkan cara sembelihan yang betul dan sah menurut Syariat Islam..
2.3               Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.
2.4               Memahami dan mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
2.5               Memahami dan dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sembelihan.

3.0               SASARAN

Semua pelajar Islam Tingkatan Empat SMKTTJ ( 250 orang ).

4.0               TARIKH DAN MASA


MASA :
7. 30 pagi – 2. 00 petang


TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN
DAN PADANG SMKTTJ


ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PEND. ISLAM SMKTTJ
&
MAJLIS AGAMA ISLAM N. SEMBILAN
( MAINS )
PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ KAMARUL NIZAR BIN IDRIS
PENOLONG PENGARAH
                                                                  BAHAGIAN HAB HALAL JAKIM










* SLOT 1 
CERAMAH MOTIVASI DAN TEORI SEMBELIHAN











 










* SLOT 2
PRAKTIKAL SEMBELIHAN
&
ACARA MEMASAK














 
SEKALUNG PENGHARGAAN

Pihak sekolah ingin
 merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih
kepada semua pihak
yang  terlibat
secara langsung atau
tidak  langsung
dalam menjayakan
program ini......