Saturday 19 May 2012

UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA'



“UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA,”
TAHUN 2012

TARIKH : 18 MEI  2012  ( 26 JAMADIL AKHIR 1433 H )

TEMPAT : DATARAN CENDEKIAWAN SMKTTJ

MASA    :  6.30 - 10. 30 MALAM

PENCERAMAH : Dr. ZAINUR RASHID BIN ZAINUDDIN 
                               ( AMAN PALESTIN ) 

ANJURAN BERSAMA :
 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ
BADAR SMKTTJ
PIBG SMKTTJ
SURAU ASSOBIRIN
KOMUNITI TAMAN TUANKU JAAFAR

 *************************************************************************

Bumi Palestin merupakan salah satu negeri bersejarah dalam Islam kerana menjadi pelantar kembara junjungan besar Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit.Sambutan Isra’ Mikraj ini merupakan aktiviti yang menggamit kehadiran bulan Rejab iaitu bulan Allah.Pada bulan yang mulia ini Allah telah menjemput  Rasulullah bertemuNya dan menerima kefarduan  ibadah solat.Menyedari hakikat inilah ,maka program ini diadakan bagi menyingkap rahsia kebesaran malam bersejarah ini,serta memberi  peluang  kepada semua warga SMKTTJ  untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.Di samping itu tak lupa juga mengingati perjuangan jihad umat Islam Palestin  yang sentiasa diuji Allah dengan melancarkan tabung bantuanPalestin.

Objektif  Program :

2.1-           Untuk menggalakkan pelajar menghayati perjalanan Rasulullah yang barlaku dalam satu         malam penuh sejarah.
2.2-           Supaya pelajar dapat menghayati keberkatan kebesaran dan kelebihan bulan Rejab
2.3-      Supaya pelajar dapat menghidupkan bulan Rejab dengan membanyakkan  amal ibadah dan mendekatkan kepada diri kepada Alah.
2.4-    Menyemai rasa tanggungjawab membantu perjuangan jihad umat Islam Palestin melalui  kutipan tabung untuk Palestin.

PENYERTAAN / SASARAN :
 - Semua  guru dan  kakitangan  dan palajar SMKTTJ beragama Islam 
 - Komuniti  penduduk  Taman Tuanku Jaafar
 - Ahli  Kariah  Surau Assobirin Taman Tuanku Jaafar

AKTIVITI :
 - Edaran Risalah                      
 - Solat sunat hajat untuk kemenangan umat Islam Ghaza   (Pelestin
- Ceramah agama oleh penceramah undangan :
   ( Dr Zainul Rashid bin Zainurdin)-Pameran dan jualan

 **********************************************
TENTATIF  PROGRAM

6.30  petang                 -Guru dan pelajar dan ibubapa  berkumpul di dataran sekolah
                                    -Bacaan al-Quran melalui radio sekolah

7.20  malam                 -Solat maghrib   dan  sola hajat untuk umat kemenangan Islam                                        Palestin

7.40 malam                  -Ucapan Pengetua SMKTTJ

7.50 malam                  -Persembahan  nasyid

8.00malam                   -Ceramah Palestin oleh Dr Zainul Rashid bin Zainurdin
                                    (Aman Palestin)

9.20  malam                 -Solat fardhu Isyak

9.40 malam                  -Penyampaian  cerderamata dan sumbangan tabung untuk Palestin
                                    -Jamuan ringan
  
*********************************************************************************
LAPORAN BERGAMBAR :

Gambar akan dimasukkan kemudian. Gambar akan diambil daripada Blog Lensa SMKTTJ ........




           





Sunday 6 May 2012

CERAMAH PERBANKAN ISLAM - BANK MUAMALAH


1.0      PENDAHULUAN
Ceramah Perbankan Islam  merupakan satu Program Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan  SMKTTJ . Ceramah  ini
amat  penting kepada pelajar  tingkatan 5  untuk memahami  tajuk-tajuk berkaitan dengan  Muamalah  Islam , seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.
2.0      RASIONAL
Menambah pengetahuan pelajar  tentang  Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta Ekonomi Asas.
3.0      OBJEKTIF
3.1           Memberi pendedahan kepada pelajar tentang  Sistem Perbankan Islam.
3.2           Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3           Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah Islam.
4.0      MATLAMAT
Memberi motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan  Islam.
5.0      TARIKH  DAN  MASA
4   Mei   2012  8. 00 pagi – 10.15 pagi.
6.0      TEMPAT
Dewan Sri Budiman  SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
7.0      SASARAN
Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi  Asas.
9. 0      PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

 
ATURCARA PROGRAM:

8. 15 PAGI  –  PELAJAR BERKUMPUL DI BILIK UTILITI

   -  PENDAFTARAN PELAJAR


8. 30  PAGI -   TAKLIMAT PROGRAM
                       OLEH PN ROHAYU BINTI MJUSTAFA
                       ( KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM )


8. 45 PAGI  - CERAMAH PERBANKAN ISLAM
                     ( BANK MUAMALAH MALAYSIA )


9. 45  PAGI -  SESI  SOAL JAWAB


10.00 P AGI  -  PENYAMPAIAN CENDERAMATA


10.15 PAGI    -  BERSURAI
LAPORAN BERGAMBAR  :
 

 

 
    
 
 


SEKALUNG PENGHARGAAN

 
Pihak sekolah ingin
 merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih
kepada pegawai-pegawai Bank Muamalah 
dan semua pihak
yang  terlibat
secara langsung atau
tidak  langsung
dalam menjayakan
program ini......

KURSUS SEMBELIHAN



KURSUS SEMBELIHAN ( TEORI DAN PRAKTIKAL )

TARIKH :
19 APRIL 2012 ( KHAMIS )

MASA :
7. 30 – 1. 45

TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN ( TEORI )
PADANG SMKTTJ ( PRAKTIKAL )
******************************************************************************************

1.0       PENDAHULUAN

Kursus Sembelihan adalah salah satu Program Tahunan yang dirancang oleh Panitia Pend. Islam, SMKTTJ untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara berkaitan dengan sembelihan yang merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 bahagian Ibadah.

2.0               OBJEKTIF

2.1               Membari pendedahan kepada pelajar supaya dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan.
2.2               Mempraktikkan cara sembelihan yang betul dan sah menurut Syariat Islam..
2.3               Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.
2.4               Memahami dan mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
2.5               Memahami dan dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sembelihan.

3.0               SASARAN

Semua pelajar Islam Tingkatan Empat SMKTTJ ( 250 orang ).

4.0               TARIKH DAN MASA


MASA :
7. 30 pagi – 2. 00 petang


TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN
DAN PADANG SMKTTJ


ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PEND. ISLAM SMKTTJ
&
MAJLIS AGAMA ISLAM N. SEMBILAN
( MAINS )
PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ KAMARUL NIZAR BIN IDRIS
PENOLONG PENGARAH
                                                                  BAHAGIAN HAB HALAL JAKIM










* SLOT 1 
CERAMAH MOTIVASI DAN TEORI SEMBELIHAN











 










* SLOT 2
PRAKTIKAL SEMBELIHAN
&
ACARA MEMASAK














 
SEKALUNG PENGHARGAAN

Pihak sekolah ingin
 merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih
kepada semua pihak
yang  terlibat
secara langsung atau
tidak  langsung
dalam menjayakan
program ini......


LAWATAN KOLABORASI SEREMBAN - BANDUNG INDONESIA

TARIKH  : 07 - 11 April 2012  ( sebahagian maklumat dipetik dari Blog Lensa SMKTTJ ).
             Saya adalah wakil guru dari Persatuan BADAR SMKTTJ yang turut sama dalam Program Lawatan Kolaborasi tersebut untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang telah dilaksanakan di Bandung seterusnya dapat diaplikasikan oleh ahli BADAR  SMKTTJ.

             Kami telah berkunjung ke beberapa buah sekolah dan tempat-tempat yang menarik di kota Bandung. Di blog ini saya akan fokuskan tentang beberapa aktiviti keagamaan yang terdapat di sana sepanjang tempoh lawatan tersebut.

* SMAN 3

SMAN 3, iaitu salah sebuah sekolah menengah atas yang popular di Bandung terutamanya dalam aktiviti ko-kurikulum.
Apa yang istimewanya tentang SMAN 13 ialah setiap aktiviti yang dijalankan sama ada di persekitaran sekolah mahupun di luar sekolah, malahan di negara-negara luar tidak dibiayai oleh pihak sekolah.  Kos untuk pelajar bergerak di luar sekolah dan menjejak ke negara luar dikumpul sendiri oleh pelajar serta disumbang oleh para alumni.  Peranan alumninya begitu besar sehingga sekolah mampu menukar segala macam prasarana sekolah untuk memastikan adik-adik juga anak-anak yang masih bersekolah di SMAN 13 dapat belajar dalam keadaan selesa.

Berusia antara 16 hingga 19 tahun merupakan satu kelainan budaya buat kami.  Setiap kelas mempunyai pelajar seawal usia 16 tahun dan mereka belajar mengikut mata pelajaran yang dipilih terutamanya mata pelajaran fizik, biologi, kimia dan matematik bukan mengikut umur.  Malahan, kami juga terpegun apabila kesemua pelajar membawa Black Berry ke sekolah dan setiap waktu belajar mereka akan mematikannya.

Rombongan kami dibawa oleh Ibu Heli dan disambut oleh Kepala Sekolah iaitu Drs.  H.  Enceng dan para guru.  Walaupun kawasannya tidak begitu luas tetapi keceriaan dan kebersihan persekitarannya membuatkan kami terpegun kerana pelajarnya begitu berdisiplin dalam menjaga segala prasarana sekolah.  Semangat berdikari atau mandiri para pelajarnya harus menjadi sebahagian daripada asas dalam sistem pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia supaya setiap dari kita tahu untuk menghargai dan dihargai dan tidak bergantung harap kepada orang lain sekiranya kita mahu maju ke hadapan.

Saya amat tertarik dengan ucapan Kepala Sekolahnya yang sentiasa menekankan nilai-nilai kegamaan untuk mewujudkan sekolah yang beriklim dini. Beliau juga menegaskan bahawa setiap guru yang mengajardi SMAN 3 haruslah menekankan nilai-nilai kerohanian dalam P&P ( Agama merentasi kurikulum ). Pendidikan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bahkan juga untuk membentuk aklak dan keperibadian yang mulia.











* RUMAH ZAKAT

       Perjalanan diteruskan ke lokasi berikutnya iaitu Rumah Zakat yang dibangunkan untuk membantu penduduk yang miskin di seluruh Bandung malahan Indonesia.  Dalam perjalanan menuju ke rumah zakat, kami telah menerima satu pesanan ringkas dari Malaysia yang bertarikh 09 April 2012.  Salah seorang rakan kami iaitu Puan Fadhilah Hashim telah kehilangan orang tersayang, Encik Azmi, yang telah kembali ke rahmatullah.  Doa kami di perantauan moga Puan Fadhilah dan keluarga tabah mengahadapi dugaan Allah atas pemergian suami yang dicintai.
Kami tiba di perkarangan masjid Rumah Zakat dan mengerjakan solat Zuhur serta Asar.  kemudian kami dibawa ke pejabat urusan Rumah Zakat dan disambut oleh Ibu Azla (maaf kalau berlaku kesilapan).  Rombongan diberi penerangan tentang peranan dan kepentingan Rumah Zakat dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam di Indonesia.

Kami begitu kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ( Karyawan ) yang sanggup bekerja secara sukarela untuk mengumpul dana zakat bagi membangunkan masyarakat Islam Bandung khasnya dan Indonesia amnya. Ketika kunjungan kami tiba mereka sedang melaksanakan solat zuhur secara berjamaah dan membaca ayat-ayat quran sebelum menyambung semula kerja-kerja kebajikan. Slogan yang digunakan begitu bermakna sekali " Jadikanlah kami bermanfaat untuk semua ".  " Bawalah kami ke syurgaMu.......".
Selepas sesi videografi bersama RTM yang dikendalikan oleh Encik Dzul Hanafiah dan Encik Md Shah, kami bergerak ke Sekolah Dasar iaitu sekolah kendalian Rumah Zakat.  Di sini kami begitu tersentuh melihat segala prasarana sekolah yang digunapakai semula oleh pihak pentadbiran dan segala kreativiti membuatkan pelajar tidak mengeluh mahupun memberi sebarang komen pada apa kekurangan yang ada.
Oleh itu, sebagai warga yang mana negaranya lebih maju dan mampu meretasi halangan kemiskinan, kita seharusnya menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin demi memartabatkan diri dan masyarakat di mata dunia.














     * PESANTREN Aa GYM

       Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang waktu Indonesia. Akhirnya,kami sampai di Pesanten Aa Gym atau Darrut Tauhid iaitu rumah pondok moden yang menyediakan kemudahan hotel untuk para tetamu yang bertandang ke Bandung, hostel untuk pelajar yang belajar ilmu keagamaan iaitu mengenai Islam serta hostel kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar ilmu agama di Darrut Tauhid.  Kami disambut oleh Aep Saipudin yang banyak memberi informasi berguna kepada ahli rombongan.
Aa Gym ialah nama bagi pengasas Darrut Tauhid iaitu KH.  Abdullah Gymnastiar yang tidak mahu dirinya dipanggil Kiai mahupun ustaz dan mempunyai 7 orang anak serta 5 orang anak angkat.  Berkonsepkan Kalbu yang mempunyai moto Dzikir, Fikir dan Ikhtiar, Darrut Tauhid telah mengembangkan sayapnya ke Jakarta dan Batam.
 
Berada di sini cukup tenang dan nyaman sekali. Ternyata pengasasnya begitu hebat sekali dan mengambil berat tentang ilmu keagamaan sehingga terbinanya perkampungan ilmu ini. Mereka yang dahagakan ilmu agama sanggup datang ke sini meninggalkan kampung halaman untuk seketika kerana di pondok moden ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, pusat perniagaan, surau dan sebagainya.













RUMUSAN LAWATAN : ( rumusan dari Blog Bicara Seorang pengetua)

        Apa yang dapat saya rumuskan hasil dapatan daripada lawatan tersebut yang dapat kita aplikasikan untuk warga SMKTTJ dengan kerjasama BADAR antaranya :

1. Dapat mempelajari budaya kerja cemerlang di SMAN 3, Rumah Zakat dan Pasantren AaGym.

2. Memberi pendedahan minda para pelajar kepada budaya cemerlang dalam Pendidikan Indonesia.

3. Penerapan nilai-nilai dan budaya Islam di dalam pendidikan dan sahsiah pelajarnya. Pembentukan karektor juga sesuatu yang boleh dipelajari. 

4. Para siswa di sini digalakkan menimba ilmu dan berdikari. Visi untuk menjadikan para pelajar sebagai pemimpin Indonesia, kaya dan berdikari , merupakan sesuatu yang menakjubkan.
 
5.   Budaya Kerja Cemerlang ( RUMAH ZAKAT ) Kegigihan para pekerjanya yang berketrampilan , dan mengamalkan budaya Islam yang kuat, merupakan sesuatu yang menarik untuk diteladani. Sesuatu yang mengkagumkan, di dalam keadaan mereka yang serba kepayahan, mereka begitu gigih sehingga dapat menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan. Salah satu rahsia yang dinyatakan ialah , amalan mengikuti segala ajaran Islam yang kukuh dan membaca Al-Quran setiap masa sebagai sumber kekuatan mereka.

6. Masyarakat Indonesia, khususnya di Bandung amat gigih, kreatif dan innovatif. Merka mencari rezeki dengan pelbagai cara dan tektik. Pelbagai barangan dijual sehinggakan ia sesuatu yang hampir kita tidak percaya. 

7. Kegigihan dan kesungguhan mereka memelihara keindahan alam sekitar dan tempat menarik pelancong , amatlah membanggakan kita. Negara dan masyarakat kita harus belajar dan mengikuti cara mereka menjadikan industri pelancongan berasaskan alam sekitar sesuatu yang menguntungkan.

Akhirnya, semoga apa yang telah kita lawati dan pelajari di sana dapat dilaksanakan di SMKTTJ demi untuk memartabatkan agama dan anak bangsa tercinta. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan agar segala impian yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tahniah kepada semua anggota rombongan yang telah menunjukkan kerjasama dan disiplin yang tinggi pada sepanjang lawatan. InsyaAllah, program seterusnya akan kita rancang lagi dengan kerjasama yang lebih kukuh dan bermakna.