Sunday, 6 May 2012

LAWATAN KOLABORASI SEREMBAN - BANDUNG INDONESIA

TARIKH  : 07 - 11 April 2012  ( sebahagian maklumat dipetik dari Blog Lensa SMKTTJ ).
             Saya adalah wakil guru dari Persatuan BADAR SMKTTJ yang turut sama dalam Program Lawatan Kolaborasi tersebut untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang telah dilaksanakan di Bandung seterusnya dapat diaplikasikan oleh ahli BADAR  SMKTTJ.

             Kami telah berkunjung ke beberapa buah sekolah dan tempat-tempat yang menarik di kota Bandung. Di blog ini saya akan fokuskan tentang beberapa aktiviti keagamaan yang terdapat di sana sepanjang tempoh lawatan tersebut.

* SMAN 3

SMAN 3, iaitu salah sebuah sekolah menengah atas yang popular di Bandung terutamanya dalam aktiviti ko-kurikulum.
Apa yang istimewanya tentang SMAN 13 ialah setiap aktiviti yang dijalankan sama ada di persekitaran sekolah mahupun di luar sekolah, malahan di negara-negara luar tidak dibiayai oleh pihak sekolah.  Kos untuk pelajar bergerak di luar sekolah dan menjejak ke negara luar dikumpul sendiri oleh pelajar serta disumbang oleh para alumni.  Peranan alumninya begitu besar sehingga sekolah mampu menukar segala macam prasarana sekolah untuk memastikan adik-adik juga anak-anak yang masih bersekolah di SMAN 13 dapat belajar dalam keadaan selesa.

Berusia antara 16 hingga 19 tahun merupakan satu kelainan budaya buat kami.  Setiap kelas mempunyai pelajar seawal usia 16 tahun dan mereka belajar mengikut mata pelajaran yang dipilih terutamanya mata pelajaran fizik, biologi, kimia dan matematik bukan mengikut umur.  Malahan, kami juga terpegun apabila kesemua pelajar membawa Black Berry ke sekolah dan setiap waktu belajar mereka akan mematikannya.

Rombongan kami dibawa oleh Ibu Heli dan disambut oleh Kepala Sekolah iaitu Drs.  H.  Enceng dan para guru.  Walaupun kawasannya tidak begitu luas tetapi keceriaan dan kebersihan persekitarannya membuatkan kami terpegun kerana pelajarnya begitu berdisiplin dalam menjaga segala prasarana sekolah.  Semangat berdikari atau mandiri para pelajarnya harus menjadi sebahagian daripada asas dalam sistem pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia supaya setiap dari kita tahu untuk menghargai dan dihargai dan tidak bergantung harap kepada orang lain sekiranya kita mahu maju ke hadapan.

Saya amat tertarik dengan ucapan Kepala Sekolahnya yang sentiasa menekankan nilai-nilai kegamaan untuk mewujudkan sekolah yang beriklim dini. Beliau juga menegaskan bahawa setiap guru yang mengajardi SMAN 3 haruslah menekankan nilai-nilai kerohanian dalam P&P ( Agama merentasi kurikulum ). Pendidikan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bahkan juga untuk membentuk aklak dan keperibadian yang mulia.











* RUMAH ZAKAT

       Perjalanan diteruskan ke lokasi berikutnya iaitu Rumah Zakat yang dibangunkan untuk membantu penduduk yang miskin di seluruh Bandung malahan Indonesia.  Dalam perjalanan menuju ke rumah zakat, kami telah menerima satu pesanan ringkas dari Malaysia yang bertarikh 09 April 2012.  Salah seorang rakan kami iaitu Puan Fadhilah Hashim telah kehilangan orang tersayang, Encik Azmi, yang telah kembali ke rahmatullah.  Doa kami di perantauan moga Puan Fadhilah dan keluarga tabah mengahadapi dugaan Allah atas pemergian suami yang dicintai.
Kami tiba di perkarangan masjid Rumah Zakat dan mengerjakan solat Zuhur serta Asar.  kemudian kami dibawa ke pejabat urusan Rumah Zakat dan disambut oleh Ibu Azla (maaf kalau berlaku kesilapan).  Rombongan diberi penerangan tentang peranan dan kepentingan Rumah Zakat dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam di Indonesia.

Kami begitu kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ( Karyawan ) yang sanggup bekerja secara sukarela untuk mengumpul dana zakat bagi membangunkan masyarakat Islam Bandung khasnya dan Indonesia amnya. Ketika kunjungan kami tiba mereka sedang melaksanakan solat zuhur secara berjamaah dan membaca ayat-ayat quran sebelum menyambung semula kerja-kerja kebajikan. Slogan yang digunakan begitu bermakna sekali " Jadikanlah kami bermanfaat untuk semua ".  " Bawalah kami ke syurgaMu.......".
Selepas sesi videografi bersama RTM yang dikendalikan oleh Encik Dzul Hanafiah dan Encik Md Shah, kami bergerak ke Sekolah Dasar iaitu sekolah kendalian Rumah Zakat.  Di sini kami begitu tersentuh melihat segala prasarana sekolah yang digunapakai semula oleh pihak pentadbiran dan segala kreativiti membuatkan pelajar tidak mengeluh mahupun memberi sebarang komen pada apa kekurangan yang ada.
Oleh itu, sebagai warga yang mana negaranya lebih maju dan mampu meretasi halangan kemiskinan, kita seharusnya menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin demi memartabatkan diri dan masyarakat di mata dunia.














     * PESANTREN Aa GYM

       Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang waktu Indonesia. Akhirnya,kami sampai di Pesanten Aa Gym atau Darrut Tauhid iaitu rumah pondok moden yang menyediakan kemudahan hotel untuk para tetamu yang bertandang ke Bandung, hostel untuk pelajar yang belajar ilmu keagamaan iaitu mengenai Islam serta hostel kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar ilmu agama di Darrut Tauhid.  Kami disambut oleh Aep Saipudin yang banyak memberi informasi berguna kepada ahli rombongan.
Aa Gym ialah nama bagi pengasas Darrut Tauhid iaitu KH.  Abdullah Gymnastiar yang tidak mahu dirinya dipanggil Kiai mahupun ustaz dan mempunyai 7 orang anak serta 5 orang anak angkat.  Berkonsepkan Kalbu yang mempunyai moto Dzikir, Fikir dan Ikhtiar, Darrut Tauhid telah mengembangkan sayapnya ke Jakarta dan Batam.
 
Berada di sini cukup tenang dan nyaman sekali. Ternyata pengasasnya begitu hebat sekali dan mengambil berat tentang ilmu keagamaan sehingga terbinanya perkampungan ilmu ini. Mereka yang dahagakan ilmu agama sanggup datang ke sini meninggalkan kampung halaman untuk seketika kerana di pondok moden ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, pusat perniagaan, surau dan sebagainya.













RUMUSAN LAWATAN : ( rumusan dari Blog Bicara Seorang pengetua)

        Apa yang dapat saya rumuskan hasil dapatan daripada lawatan tersebut yang dapat kita aplikasikan untuk warga SMKTTJ dengan kerjasama BADAR antaranya :

1. Dapat mempelajari budaya kerja cemerlang di SMAN 3, Rumah Zakat dan Pasantren AaGym.

2. Memberi pendedahan minda para pelajar kepada budaya cemerlang dalam Pendidikan Indonesia.

3. Penerapan nilai-nilai dan budaya Islam di dalam pendidikan dan sahsiah pelajarnya. Pembentukan karektor juga sesuatu yang boleh dipelajari. 

4. Para siswa di sini digalakkan menimba ilmu dan berdikari. Visi untuk menjadikan para pelajar sebagai pemimpin Indonesia, kaya dan berdikari , merupakan sesuatu yang menakjubkan.
 
5.   Budaya Kerja Cemerlang ( RUMAH ZAKAT ) Kegigihan para pekerjanya yang berketrampilan , dan mengamalkan budaya Islam yang kuat, merupakan sesuatu yang menarik untuk diteladani. Sesuatu yang mengkagumkan, di dalam keadaan mereka yang serba kepayahan, mereka begitu gigih sehingga dapat menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan. Salah satu rahsia yang dinyatakan ialah , amalan mengikuti segala ajaran Islam yang kukuh dan membaca Al-Quran setiap masa sebagai sumber kekuatan mereka.

6. Masyarakat Indonesia, khususnya di Bandung amat gigih, kreatif dan innovatif. Merka mencari rezeki dengan pelbagai cara dan tektik. Pelbagai barangan dijual sehinggakan ia sesuatu yang hampir kita tidak percaya. 

7. Kegigihan dan kesungguhan mereka memelihara keindahan alam sekitar dan tempat menarik pelancong , amatlah membanggakan kita. Negara dan masyarakat kita harus belajar dan mengikuti cara mereka menjadikan industri pelancongan berasaskan alam sekitar sesuatu yang menguntungkan.

Akhirnya, semoga apa yang telah kita lawati dan pelajari di sana dapat dilaksanakan di SMKTTJ demi untuk memartabatkan agama dan anak bangsa tercinta. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan agar segala impian yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tahniah kepada semua anggota rombongan yang telah menunjukkan kerjasama dan disiplin yang tinggi pada sepanjang lawatan. InsyaAllah, program seterusnya akan kita rancang lagi dengan kerjasama yang lebih kukuh dan bermakna.




No comments:

Post a Comment