Keistimewaan bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan
Assalamualaikum..
Sedar
ataupun tidak, kita telah pun berada di penghujung Bulan Syaaban. Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban
adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dan pada bulan Ramadhan adalah
masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Walaupun bulan Rejab sudah
berlalu, ku ingin juga ingatkan kita mengenai kelebihan bulan Rejab,
kemudian bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.
Kelebihan Bulan Rejab
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan
Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta
ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
· Diampunkan dosanya yang lalu
· Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
· Terlepas dari dahaga di hari kiamat
v Barangsiapa
berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd
Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
v Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
v Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Bertaubat & beristighfar
- Memperbanyakkan zikir & doa
v “
Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH
atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu
Hibban)
v Sabda
Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )
Kelebihan Bulan Ramadhan
Abu
Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala
pintu neraka dan diikat segala syaitan – hadis dikeluarkan oleh Imam
Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada
Abu Hurairah drpd Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dna keikhlasan nescaya
akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayatkan oleh
Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Kelebihan
bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan
darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul
Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping
sembahyangnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Orang
yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya
1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi
orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya
dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya
. (Al-Hadith)
Malaikat
yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka
sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka
melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah
umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa
Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d)
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga
700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya
yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Semoga Tazkirah ringkas ini dapat membantu dan menjadi pendorong kepada kita supaya sentiasa melazimkan diri dalam melaksanakan amalan kebajikan untuk meningkatkan iman dan meraih cintaNya. Moga Allah
meredhai setiap amalan kita di dunia ini. Insyaallah.
REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.
Sumber : Blog Srikandi Permata