TARIKH : 17 JAN. 2013
MASA : 2. 00 PETANG
TEMPAT : SURAU AL-HUSNA SMKTTJ
GURU YANG HADIR : 1. Ustazah Rohayu Bt Mustafa
2. Ustazah Hasliza Bt Abu Setaman
Agenda :
1. Aktiviti Badar 2013
2. Pemilihan Imam dan muazzin
3. Tugasan ahli Badar
4. Pertandingan Power Point ( TV Media )
5. Raudhah Sakinah
Semoga apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sunday, 20 January 2013
Monday, 9 July 2012
KELEBIHAN BULAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN
Keistimewaan bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan
Assalamualaikum..
Sedar
ataupun tidak, kita telah pun berada di penghujung Bulan Syaaban. Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban
adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dan pada bulan Ramadhan adalah
masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Walaupun bulan Rejab sudah
berlalu, ku ingin juga ingatkan kita mengenai kelebihan bulan Rejab,
kemudian bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.
Kelebihan Bulan Rejab
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan
Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta
ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
· Diampunkan dosanya yang lalu
· Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
· Terlepas dari dahaga di hari kiamat
v Barangsiapa
berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd
Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
v Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
v Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Bertaubat & beristighfar
- Memperbanyakkan zikir & doa
v “
Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH
atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu
Hibban)
v Sabda
Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )
Kelebihan Bulan Ramadhan
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d)
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga
700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya
yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Semoga Tazkirah ringkas ini dapat membantu dan menjadi pendorong kepada kita supaya sentiasa melazimkan diri dalam melaksanakan amalan kebajikan untuk meningkatkan iman dan meraih cintaNya. Moga Allah
meredhai setiap amalan kita di dunia ini. Insyaallah.
REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.
Sumber : Blog Srikandi Permata
Saturday, 19 May 2012
UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA'
“UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRA,”
TAHUN 2012
TARIKH : 18
MEI 2012 ( 26 JAMADIL
AKHIR 1433 H )
TEMPAT : DATARAN CENDEKIAWAN SMKTTJ
MASA : 6.30 - 10. 30 MALAM
PENCERAMAH : Dr. ZAINUR RASHID BIN ZAINUDDIN
( AMAN PALESTIN )
ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ
BADAR SMKTTJ
PIBG SMKTTJ
SURAU ASSOBIRIN
KOMUNITI TAMAN TUANKU JAAFAR
*************************************************************************
Bumi Palestin merupakan
salah satu negeri bersejarah dalam Islam kerana menjadi pelantar kembara
junjungan besar Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit.Sambutan Isra’ Mikraj
ini merupakan aktiviti yang menggamit kehadiran bulan Rejab iaitu bulan
Allah.Pada bulan yang mulia ini Allah telah menjemput Rasulullah bertemuNya dan menerima
kefarduan ibadah solat.Menyedari hakikat
inilah ,maka program ini diadakan bagi menyingkap rahsia kebesaran malam
bersejarah ini,serta memberi
peluang kepada semua warga SMKTTJ
untuk meningkatkan ketaqwaan dan
keimanan kepada Allah.Di samping itu tak lupa juga mengingati perjuangan jihad
umat Islam Palestin yang sentiasa diuji
Allah dengan melancarkan tabung bantuanPalestin.
Objektif Program :
2.1-
Untuk menggalakkan pelajar menghayati
perjalanan Rasulullah yang barlaku dalam satu malam penuh sejarah.
2.2-
Supaya pelajar dapat menghayati keberkatan kebesaran
dan kelebihan bulan Rejab
2.3-
Supaya pelajar dapat menghidupkan bulan Rejab
dengan membanyakkan amal ibadah dan
mendekatkan kepada diri kepada Alah.
2.4- Menyemai rasa tanggungjawab membantu
perjuangan jihad umat Islam Palestin melalui
kutipan tabung untuk Palestin.
PENYERTAAN / SASARAN :
- Semua
guru dan kakitangan dan palajar SMKTTJ beragama Islam
- Komuniti
penduduk Taman Tuanku Jaafar
- Ahli Kariah Surau Assobirin Taman Tuanku Jaafar
AKTIVITI :
- Edaran Risalah
-
Solat sunat hajat untuk kemenangan umat Islam Ghaza (Pelestin
-
Ceramah agama oleh penceramah undangan :
(
Dr Zainul Rashid bin Zainurdin)-Pameran
dan jualan
**********************************************
TENTATIF PROGRAM
6.30 petang -Guru
dan pelajar dan ibubapa berkumpul di
dataran sekolah
-Bacaan
al-Quran melalui radio sekolah
7.20 malam -Solat
maghrib dan sola hajat untuk umat kemenangan Islam Palestin
7.40 malam -Ucapan Pengetua SMKTTJ
7.50 malam -Persembahan
nasyid
8.00malam -Ceramah Palestin oleh Dr Zainul Rashid bin
Zainurdin
(Aman
Palestin)
9.20 malam -Solat
fardhu Isyak
9.40 malam -Penyampaian
cerderamata dan sumbangan tabung untuk Palestin
-Jamuan
ringan
*********************************************************************************
LAPORAN BERGAMBAR :Gambar akan dimasukkan kemudian. Gambar akan diambil daripada Blog Lensa SMKTTJ ........
Sunday, 6 May 2012
CERAMAH PERBANKAN ISLAM - BANK MUAMALAH
1.0 PENDAHULUAN
Ceramah
Perbankan Islam merupakan satu Program
Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan SMKTTJ . Ceramah ini
amat penting kepada pelajar tingkatan 5 untuk memahami
tajuk-tajuk berkaitan dengan
Muamalah Islam , seterusnya dapat
membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.
2.0 RASIONAL
Menambah
pengetahuan pelajar tentang Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan
salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta
Ekonomi Asas.
3.0
OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sistem Perbankan Islam.
3.2 Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3 Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah
Islam.
4.0
MATLAMAT
Memberi motivasi kepada pelajar
untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan Islam.
5.0 TARIKH DAN MASA
4 Mei
2012 8. 00 pagi – 10.15 pagi.
6.0 TEMPAT
Dewan Sri Budiman SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
7.0 SASARAN
Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi Asas.
9. 0 PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.
ATURCARA PROGRAM:
8. 15 PAGI – PELAJAR BERKUMPUL DI BILIK UTILITI
- PENDAFTARAN PELAJAR
8. 30 PAGI - TAKLIMAT PROGRAM
OLEH PN ROHAYU BINTI MJUSTAFA
( KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM )
8. 45 PAGI -
CERAMAH PERBANKAN ISLAM
( BANK MUAMALAH MALAYSIA )
9. 45 PAGI - SESI
SOAL JAWAB
10.00 P AGI - PENYAMPAIAN CENDERAMATA
10.15 PAGI
- BERSURAI
LAPORAN BERGAMBAR :
KURSUS SEMBELIHAN
KURSUS SEMBELIHAN ( TEORI DAN PRAKTIKAL )
TARIKH :
19 APRIL 2012 ( KHAMIS )
MASA :
7. 30 – 1. 45
TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN ( TEORI )
PADANG SMKTTJ ( PRAKTIKAL )
******************************************************************************************
1.0 PENDAHULUAN
Kursus
Sembelihan adalah salah satu Program Tahunan yang dirancang oleh Panitia Pend.
Islam, SMKTTJ untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara
berkaitan dengan sembelihan yang merupakan salah satu tajuk dalam sukatan
pelajaran tingkatan 4 bahagian Ibadah.
2.0
OBJEKTIF
2.1
Membari pendedahan
kepada pelajar supaya dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan
sembelihan.
2.2
Mempraktikkan cara
sembelihan yang betul dan sah menurut Syariat Islam..
2.3
Mengamalkan amalan
pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.
2.4
Memahami dan
mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
2.5
Memahami dan dapat
menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sembelihan.
3.0
SASARAN
Semua pelajar Islam Tingkatan Empat SMKTTJ ( 250
orang ).
4.0
TARIKH DAN MASA
MASA :
7. 30 pagi – 2. 00 petang
TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN
DAN PADANG SMKTTJ
ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PEND. ISLAM SMKTTJ
&
MAJLIS AGAMA ISLAM N. SEMBILAN
( MAINS )
PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ KAMARUL NIZAR BIN IDRIS
PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN
HAB HALAL JAKIM
* SLOT 1
CERAMAH MOTIVASI DAN TEORI SEMBELIHAN
* SLOT 2
PRAKTIKAL SEMBELIHAN
&
ACARA MEMASAK
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pihak sekolah ingin
merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih
kepada semua pihak
yang terlibat
secara langsung atau
tidak langsung
dalam menjayakan
program ini......
Subscribe to:
Posts (Atom)




































